Kami empat blogger Khai Artzfar, Shannon dan Jessying termasuk seorang PR AirAsia yang hot Ashman Mahfudz hehe memulakan trip kami selama 3 hari 2 malam ke Hatyai Thailand untuk aktiviti Songkran di sana. Trip ke Hatyai Thailand kali ini merupakan trip ku yang ke dua karena sebelum ini ku pernah ke Hatyai bersama - sama dengan rakan melalui jalan darat. Kali ini melalui jalan udara. Jimat beberapa jam perjalanan dan tak beberapa penat sangat apa bila sampai ke destinasi.
Tiba di destinasi Hatyai International Airport dan kami diambil oleh driver hotel terus ke Hotel kami Buri Sriphu Boutique Hotel salah satu hotel yang best di Hatyai. Ruangan bilik yang selesa, best dan tak sabar untuk bermalam selama 2 malam di Buri Sriphu Boutique Hotel. Kolam renangnya yang begitu menenangkan kadang malas nak keluar dari hotel hehe. Tiba di bilik hotel, buka aje television, kebanyakkan channel menceritakan tentang perayaan tahunan mereka iaitu Songkran Festival. Itu ajelah ayat yang ku paham dekat tv dalam bahasa Thai hehe.
Okay baiklah, rasanya salah diantara kalian tidak tahu apa maksud itu Songkran.Tahun Baru Thai (Bahasa Thai: สงกรานต์ Songkran, dari istilah Sanskrit sankrānti "pergerakan astrologi") disambut sekitar 13–15 April setiap tahun di Thailand, seiringan dengan sambutan Tahun Baru bagi kebanyakan takwim tradisional yang dipakai di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Asalnya, tarikh perayaan ditentukan berdasarkan perhitungan astrologi, tetapi sekarang ditetapkan tarikh dalam takwim.
Perayaan Songkran jatuh pada hari yang paling hangat dalam setiap tahun di Thailand, di penghujung musim kemarau. Mulanya, Tahun Baru Thai merupakan awal tahun di Thailand. Pada tahun 1888, tarikh tahun baru dialih ke 1 April dan pada tahun 1940, 1 Januari pula menjadi tarikh tahun baru rasmi. Semenjak itu, sambutan tahun baru Thai masih dijadikan cuti umum.Nyata sekali perayaan Songkran diterajui adat menyimbah air. Orang ramai merayau-rayau di jalanan dengan membawa baldi berisi air atau pistol air, atau berdiri di tepi jalan sambil memegang hos lalu mecurahkan air ke arah orang lain.
Adat menyimbah air asalnya merupakan cara memberi hormat kepada orang lain dengan menangkap air "bertuah" yang sudah dicurahkan Bagi golongan muda pula, oleh sebab bulan April merupakan bulan terhangat di Thailand (suhunya boleh mencecah 40°C), perayaan ini dijadikan hari berseronok dengan menyimbahkan air ke arah orang lain, sehingga timbulnya gejala seperti berlawan air dan menyimbah air ke arah orang yang memandu kenderaan. Sebenarnya kegiatan ini tidak semestinya dijadikan keutamaan dalam sambutan tahun baru. Sewajarnya, Songkran dijadikan masa untuk menziarahi dan membalas budi orang-orang tua dan sanak saudara.
Okay baru tau ? Tapi sebenarnya dari dulu lagi ku teringin nak pergi dan sertai aktiviti sebegini, main simbah-simbah air dekat orang yang lalu lalang. Kalau di Malaysia mahu kena marah balik ni hehe. Alhamdulillah dapat juga buat aktiviti ini dan siap dapat water gun lagi dari Ashman AirAsia hehe. Thanks ! Sambutan katanya meriah pada waktu malam karena ramai yang akan keluar untuk menyambut. Kami ke Bandar Hatyai karena disitu telah disediakan satu stage khas dari AirAsia Untuk Songkran Festival ini.
![IMG_1695]()
![IMG_1642]()
![IMG_1644]()
Wow ! AirAsia juga turut serta untuk Songkran Festival ini dengan stage yang begitu gempak disertai dengan pancutan air - air yang semestinya mengena kepada sesiapa yang melalui depan stage itu hehe. Tak lupa juga dengan muzik-muzik yang kuat lagi menghiburkan sambil menyimbah air kepada rakan sebelah. Memang pada malam itu sangat happening habis ! Ku habis kebasahan satu badan termasuk beg yang ku bawa ke hulu hilir. Nasib baik tak basah isi dalam beg itu hehe. Oh ya, waktu di Thailand satu jam awal daripada Malaysia.
Ianya merupakan suatu pengalaman yang menarik bagi ku, tiba-tiba sedang jalan di mana-mana pun di area Bandar Hatyai ade je manusia yang akan simbah kau dengan air haha. Yang tak boleh tahan apabila air yang dicurah atau disimbah itu dia masukkan air sejuk yang teramat, mestilah akan terkejut beku badan apabila terkena haha. Haish macam-macam taktik sekarang nak simbah orang, nasib baiklah waktu Songkran ye.
Lagi satu apabila sedang berjalan adalah gadis-gadis mahupun lelaki tetiba akan calit bedak sejuk dekat muka kau haha. Terkejut rasanya apabila ada orang calit bedak sejuk dekat muka. Rasanya dia akan calit bedak sejuk dekat muka yang mana dia berkenan sahaja. Ku di antara salah seorang yang bertuah dapat calitan bedak sejuk itu dari gadis mahupun lelaki haha. Sekadar mahu melihat perayaan dan budaya orang di sana tak salah. Jauh perjalanan luas pemikiran.
Aktiviti Songkran Festival bersama AirAsia bermula pada hari kedua malam dan sebelum itu kami banyak aktiviti free & easy dan kami telah decide untuk jalan-jalan di town Hatyai ini. Antaranya kami haruslah mencari restoran makanan halal di sini dan tidak susah untuk mencari karena rata-rata di sini ada banyak restoran halal muslim. Kami ke Klonghae Floating Market. Dulu masa ku ke sini, floating market ini agak kotor dan tidak semeriah ini. Sekarang ada penambah baikkan dari dulu dan sangat selesa untuk ke sini.
Klonghae Floating Market ini menjual pelbagai juadah makanan di atas sampan atas air di tepi tebing. Bagiku ia adalah satu market yang sangat unik. Selain daripada itu, ada pentas akan menghiburkan akan dengan alunan lagu-lagu mereka dan ku sendiri tidak paham haha. Benda yang harus anda cuba di Floating Market ini ialah Ais Krim dia. Kata salah seorang follower ku di Fb. Kami di sini sehingga malam sebelum balik ke Hotel untuk berehat.
Hari kedua ialah hari mulanya Songkran Festival, tetapi malam baru pergi. Di siang hari destinasi pertama kami ke Hatyai Cable Car, sebelum itu akan melalui temple mereka dan dahulu pun ku pernah ke sini. Memory bersama rakan-rakan. Selepas itu semuanya eksited untuk melihat mermaid di tepi pantai. Hatyai popular dengan Mermaid. Ianya terletak di Pantai Songkla dan agak jauh sedikit dari Bandar Hatyai.
Tak jauh dari situ, kami ke Tang Kuan Hill, Tang Kuan Hill ini kalau kalian naik dapat lihat bandar Songkhla dari view city mahupun laut. Agak tinggi juga tapi apa yang menarik ialah apabila hendak menaiki Tang Kuan Hill ini harus menaiki lift elevetor yang menyenget seperti naik lift. Unikkan ?
Ingatkan kena daki sendiri, rupanya menaiki lift hehe. Itu ajelah aktiviti kami dihujung minggu selain aktiviti utama kita main air di Bandar Hatyai hehe.
Terima Kasih AirAsia atas Media Fam trip ini dan juga AirAsia Bloggers Community dan harap dapat sertai aktiviti seperti ini lagi di masa hadapan hehe.