Quantcast
Channel: Blog Eazy Izzuddin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 300

Peter Marvey Live at Genting

$
0
0
IMG_9886 

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Haaa entry yang lepas pasal Peter Marvey jugakan ? dapat lihat satu trick silap mata je dekat depan Pavilion. Sekarang ku bawakan khas live dari Genting International Showroom Peter Marvey: Magician Without Limits. Dapat menyaksikan sendiri persembahan sepenuhnya dari Peter Marvey sendiri pada 3 June 2014 yang lalu. Terima Kasih Resort World Genting !

Okay baiklah, persembahan Peter Marvey telah pun bermula pada 28 Mei 2014 yang lalu dan pada 3 June 2014 yang lalu, ku berpeluang menjadi yang terawal menyaksikan Peter Marvey ini sendiri. Persembahan lebih kurang 3 jam di dalam Genting International Showroom. Peringatan korang tak boleh sesuka hati rakam atau snap gambar tau hehe. 

Anak kelahiran Swiss ini sangat berminat dengan Magic ini sejak beliau kanak-kanak lagi dan meneruskan impiannya sebagai seorang Magician daripada belajar menjadi seorang arkitek. Bagiku, ikut apa yang kita minati dan teruskan usahanya pasti berjaya. Peter Marvey yang sangat terkenal dengan 'Dream Flying' dan dipecahkan kepada 7 jenis 'flying system' yang mengambil masa 7 tahun.


IMG_9745


7 tahun tu untuk mengambil masa belajar dan memperbaiki latihan magic beliau. Memang betul, ku sangat teruja bila beliau terbang semasa membuat persembahan dan diantara persembahan yang dinanti -nantikan. Serius mataku mencari2 tali yang tergantung di badan beliau haha, tapi tak nampak hehe. Beliau juga pernah memenangi 'The Golden Wand' Tahun 1996.

IMG_9925 


IMG_9950


Diantara 'Signature acts' beliau ialah Ultimate Cut, Lumitec Levitation, Magic Card dan persembahan yang terhebat ialah Diamond Illusion premier di Tahun 2012. Diamond Illusion merupakan the most glamorous illusion ever! Ku nonton sendiri pun sangatlah teruja bagaimana Peter Marvey melakukannya. Biasalahkan, its magic ! hehe. 


IMG_9586


IMG_9250

dah excited ? apa lagi ke Genting Highland untuk menonton sendiri Peter Marvey : Magician Without Limits. Persembahan tiap hari bermula dari 28 Mei sehingga 24 November 2014 ini. Harga tiket untuk VIP, PS1, dan PS2 di RM118, RM88 dan RM48. Kanak2 pula dari RM 68, RM48 dan RM28. Sesiapa ada Genting Rewards Cards ada potongan  sehingga 30% hehe. 

LAYANS
(>_<)


IMG_9470


IMG_9625


IMG_9528


IMG_9770


Viewing all articles
Browse latest Browse all 300

Trending Articles