Quantcast
Channel: Blog Eazy Izzuddin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 300

Jualan GRAND PRIX 1Malaysia 2014 !

$
0
0

Untitled


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Musim membeli belahtahun ini dimulakan dengan deruman hebat melalui pelancaran Grand Prix 1Malaysia 2014 pada 15 March 2014 lalu, lebih awal daripada perlumbaan penuh aksi Formula 1 Grand Prix Malaysia Petronas yang akan berlangsung dari 28 hingga 30 Mac. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato'Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah melancarkan Jualan Grand Prix 1Malaysia.

Dengan gegaran bunyi enjin Lotus Supercar yang dibawa khas ke tempat pelancaran, di Sunway Pyramid, Bandar Sunway Selangor. Majlis pelancaran tersebut turut disaksikan oleh 21 agen pelancongan dan media antarabangsa dari Filipina, Hong Kong, Korea Selatan, dan Thailand yang dibawa khas oleh Tourism Malaysia.

Untitled 


Untitled


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled


Acara Jualan Grand Prix 1Malaysia 2014 bermula dari 15 March sehingga 6 April 2014. Program tersebut adalah sebagai gambaran kepada aksi hebat pelumba kereta antarabangsa yang menanti penonton di Litar Sepang dalam edisi ke -16 Formula 1 Grand Prix Malaysia Petronas. Sejumlah besar pelancong yg akan datang ke negara ini untuk menonton perlumbaan sekali gus menikmati percutian di Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Pelbagai acara diadakan masa hari pelancaran tersebut bagi menambahkan lagi kemeriahann majlis seperti Pameran Lotus Cars, Pertunjukkan Fesyen oleh Pink Jambu yang terkenal dengan rekaan batik kontemporari, Pertunjukkan Fesyen PUMA dan persembahan oleh ASWARA serta artis tempatan. Tak lupa juga Salebration Explorace yang di anjurkan oleh Sunway. 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled


Bercakap mengenai Salebration Explorace, ku bersama 4 rakan blogger yang lain datang menyertai explorace tersebut, banyak soalan dan teka teki yang agak mencabar untuk mengetahui jawapan atau dimana kedai yang berkaitan dengan teka teki tersebut. 

Alhamdulillah dengan hasil kerjasama kumpulan kami dapat memenangi tempat PERTAMA ! dapat hadiah bernilai RM1000 ! wow ! banyak tu. Alhamdulillah rezeki kami pada haritu, tak sabar nak pergi shopping tebus hadiah tersebut hehe. Tahniah buat pemenang Explorace ni disediakan oleh PAVA's Hunt. Thanks.


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled


Semasa awal pagi kami sampai sehingga waktu pengumuman pemenang untuk Salebration Explorace 2014 ini, makanan dan minuman di sediakan oleh pihak restoran Bubba Gump. Ala siapa tengok cerita Forrest Gump tu, itulah dia hehe . Sedap !

Okay baiklah, tak lupa Tourism Malaysia juga telah mengedarkan risalah Jualan Grand Prix 1Malaysia 2014 bertajuk 'Ready, Steady, Shop' yg mengandungi butiran mengenai acara dan aktiviti membeli-belah sepanjang musim jualan Grand Prix di lokasi beli belah Utama di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau-Pinang, Johor, Sarawak dan Sabah. dan risalah ini adalah percuma.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 300

Trending Articles