Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Pada Jumaat 18 Januari lalu, ku dan beberapa orang blogger telah menyertai PETRONAS Switch for XTRA Grand Finale Event di G Tower Kuala Lumpurbagi memeriahkan lagi majlis. Ini kali kedua ku sertai Event PETRONAS dan sangat excited ! Terima kasih kepada yang menjemput ku dan blogger-blogger lain ke event ini. Pada Jumaat petang itu ku bergerak ke LRT Ampang Park dan ketemu blogger2 lain ;)
Event berlangsung di View Rooftop Bar G Tower, oh sangatlah tinggi, belum lagi setinggi KLCC tu dan sangatlah gayat tapi ku okey aje layans. Kami sampai dalam pukul 6pm gitu sementara menunggu event bermula dan menikmati pandangan dari Rooftop G Tower. Sementara itu sempat kami sertai balloon contest, create dialog dalam gambar selebriti dan menangi iPad mini !
Baiklah, PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge adalah salah satu daripada inisiatif pemasaran PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) untuk mendekati pelanggannya melalui laman sosial dan juga turut turun padang melalui aktiviti ini untuk mendidik para pengguna mengenai produknya. Satu perlumbaan maya telah dianjurkan di laman Facebook PETRONASbrands dan boleh layari www.facebook.com/PETRONASbrands
Dalam event tersebut artis yg menyertainya seperti Faizal FBI, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Hanis Zalikha ! yang turut menyertai programPETRONAS Switch for XTRA Road Challenge! Dan Faizal FBI bersama pasukannya menjadi Juara PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge dan membawa pulang hadiah bernilai RM 10,000 !! dan menewaskan selebriti lain, wow terbaik lah !
Ini dianjurkan menerusi laman Facebook PETRONASbrands, kempen selama 3 bulan itu menyaksikan selebriti-selebriti tersebut mengembara ke seluruh negara untuk menamatkan pelbagai cabaran bersama peminat terpilih. Pelbagai pengalaman dan kenangan manis yg dilalui oleh para selebriti semasa menyertai program 'PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge'
Untuk melihat para selebriti beraksi dalam perlumbaan ini bersama 2 orang peminat yg terpilih di dalam perlumbaan ini boleh ke Youtube PETRONASbrands www.youtube.com/thePETRONASbrands. Setiap pasukan telah dihantar pada roadtrip ke lokasi di Malaysia, di mana mereka diperlukan untuk menyelesaikan beberapa cabaran yang menarik.
Selain daripada perlumbaan selebriti ini, penyertaan awam juga telah berlangsung dalam bentuk peraduan "Take a Challenge"di Facebook PETRONASbrands di mana mereka dikehendaki untuk menonton video, menjawab beberapa soalan dengan betul dan menulis slogan kreatif untuk memenangi RM100 Hadiah Kad PETRONAS!
Pada majlis penyampaian hadiah 'PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge' Ketua Bahagian Perniagaan Peruncitan PDB, Akbar Md Thayoob berkata PDBmengutamakan pelanggan yg setia dan memberi ganjaran kepada mereka yg telah membantu mengukuhkan kedudukan PETRONAS sebagai Jenama Pilihan No.1 dan sentiasa menganjurkan program ganjaran seperti ini.' Katanya.
Pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini, kempen PETRONAS Coffee Break datang lagi ! Fasa pertama akan berlangsung pada 7 hingga 9 February dan fasa kedua 15 hingga 17 February. Kopi dan makanan ringan untuk mereka yang pulang ke Kampung di musim perayaan ini. Sebanyak 33 buah stesen minyak PETRONAS yg terlibat dalam kempen ini.
Okay baiklah, tentang penggunaan PETRONAS PRIMAX 95 XTRA. Ia merupakan bahan api yang menawarkan prestasi yang lebih tinggi dan memberi penjimatan kepada anda! Mungkin ini masa yang sesuai untuk anda “Switch for XTRA” dengan menggunakan petrol PRIMAX 95 XTRA sebagai bahan api kenderaan anda.
Oh selesai sahaja di majlis yg amat gemilang itu, ada sesi temubual, dinner, penyampaian hadiah, dan sesi bergambar. Dan yang ditunggu2 selepas dinner tu ialah mahu bergambar dengan selebriti yang hadir seperti Awal, Scha, FBI dan Hanis Zalikha ! Tak tersangka juga my fav blogger Hanis Zalikha ada dan dapat juga bergambar dengan beliau!
Hanis Zalikha so sweet dan impian bertahun-tahun sebagai blogger untuk berjumpa dengan Hanis Zalikah tercapai serta dapat bergambar lagi tau hehe. Termasuk juga dengan selebriti-selebriti lain. Dalam masa itu, Nisa Kay telah memenangi hadiah untuk siapa Tweet yang terpantas ! ku juga telah memenangikad hadiah PETRONAS bernilai RM100 !
Dan sangat bertuahnya apabila salah seorang dari kami blogger telah memenangi iPad mini ! untunglah kan tidur malam tak lena hehe. Apa-apa pun terima kasih kepada PETRONAS ! harap program-program seperti mendatangkan manfaat kepada pelanggan dan memberi ganjaran dapat diteruskan lagi dan menjadi Jenama Pilihan No 1 di Malaysia !