Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Berkesinambungan dari dua entry ku ke Kunming China, ini adalah part yang ke tiga ku Kunming China. Okay baiklah kali ini ku ingin menceritakan first trip setelah tiba di bumi China kami semua ke Stone Forrest Kunming Yunnan China. Apa itu Stone Forest? Dalam bahasa Malaysianya ialah Hutan Batu. Selalunya orang kata itu adalah bandar, tapi ini adalah betul-betul batu yang amat menarik dan menakjubkan.
Stone Forest di Kunming merupakan salah satu tempat tarikan negara yang menarik dan indah di Kunming. Untuk ke Stone Forest ini mengambil masa lebih kurang sejam dan sejauh 78 km dari Bandar Kunming. Setibanya di Stone Forest, kami harus berbaris untuk menunggu kenderaan pengantaraan untuk bergerak ke dalam pintu masuk Stone Forest Scenic Area. Pagi itu almaklumlah cuaca disana sejuk ya dalam 8 darjah celcius gitu.
Setibanya di kawasan yang diperkatakan, kami terpaku sebentar melihat keunikan bentuk-bentuk batu yang ada di Stone Forest itu. Patutlah ia dinamakan Stone Forest, di situ memang penuh dengan batu-batu yang sangat unik dan cantik. Apabila kesini, kami perlu berjalan, mendaki dan menurun dari batu-batu tersebut untuk melihat keindahannya.
Dalam keadaan cuaca Kunming yang sejuk pun boleh berpeluh ye, sambil tu exercise juga naik turun batu Stone Forest, bukan selalu dapat datang ke tempat-tempat macam ini kan. Korang nak tahu bagaimana batu di Stone Forest ini terjadi? Pertamanya Batu kapur batu telah dimampatkan dan patah , dan sendi menegak paduan bertakik batu ke dalam kekisi dan terjadinya Stone Forest hehe.
Perkara wajib yang dibuat mestilah bergambar di Stone Forest sebagai tanda kenangan berada disini. Ku hanya pakai kamera phone, tapi salah seorang Media di sana berbaik hati untuk share kamera beliau dalam sepanjang pengembaraan ini. Kiranya jadi partner Photograper la ni, aku snap kau, kau snap aku hehe. Thanks Aida Sue
Entry seterusnya akan diupdate dan korang pasti tertunggu-tunggu pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati di Kunming Yunnan China.
(>_<)